Assalamualaikum dan selamat pagi....Alhamdulillah selesai sdh membuat video seram yang bertajuk '' Dosa Semalam''. Video ini mengisahkan berlaku gangguan terhadap pelajar di sebuah universiti tempatan. Pelajar tersebut sering diganggu oleh seorang wanita yang membawa bayi. Suasana ini telah menimbulkan perasaan tidak selesa dan ketakutan para pelajar di situ. Haaaa....nk thu x kenapa wanita tersebut sering menganggu pelajar2 tersebut???? Camni....Wanita tersebut merupakan salah seorang bekas pelajar di universiti tersebut pada 20 tahun dahulu.
Wanita tersebut telah menjalinkan hubungan tidak sah bersama teman lelakinya yang juga pelajar di situ. Setelah teman lelakinya mengetahui bahawa wanita tersebut tidak dapat menerima kehamilannya telah berlaku pergaduhan besar antara mereka berdua. Pergaduhan ini telah menyebabkan wanita tersebut meninggal dunia. Rohnya tidak tenang dan sering mengganggu pelajar baharu.
Penagalaman dalam membuat video ini sgt mencabar dan sangt menyeronokkan. Pengalaman yang mencabar adalah semasa membuat jalan cerita video ini......HAH....mmg xtdo mlm lah.time membuat jalan cerita tu dah la waktu malam.Tambahan pula time cuti,smua pelajar yg berada di kolej tidak ramai.Amat menakutkan dan tambahan pula kami semua adalah perempuan.Pelbagai persoalan bermain diminda kami...Sampaikan terlompat2 apabila terkejut...heheheheheh...kelakar betul diorg ni...
Lokasi penggambaran adalah di FBMK. Kami memilih lokasi ini kerana sesuai dengan jalan cerita, walaupun kami mengetahui bahawa fakulti ini adalah salah satu fakulti yang tempatnya amat keras.Tetapi demi tugas yang diberi kami meneruskan penggambaran ini. Syukur alhamdulillah video ini dapat diterima oleh pensyarah dan tiada perkra yang tidak diingini berlaku. DR.NOTTS...OH TIDA!!!!
SAKSIKAN VIDEO SERAM KAMI INI:......
http://www.youtube.com/watch?v=8FNnD7VfGRU
No comments:
Post a Comment