Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart
Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas
sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq
yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim.
Campbell
yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan
itu dianggarkan berusia 4,000 tahun. Kawasan berkenaan dipercayai
merupakan pusat pentadbiran bandar Ur. Campbell berkata, kompleks itu
bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi.
Menurutnya,
kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui. Ia
merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq
sejak tahun 80-an. Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam
anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di
Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320
kilometer ke selatan Baghdad.
Campbell berkata, salah sebuah
artifak yang ditemui kumpulan penggalian itu ialah plak tanah liat yang
menunjukkan seorang manusia memakai jubah labuh mendekati sebuah tapak
yang suci



No comments:
Post a Comment